Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Rabu, 2 Jun 2010

mari memasak




Bihun Sup

Salah satu menu kegemaran anak bongsu saya. Resepi dari mak saya.
Hidangan untuk lima ke enam orang.

Bahan-bahannya:-
1/2 ekor ayam saiz kecil (di potong kecil)
1 bungkus bihun ( di celur dalam air panas)
5 ulas bawang merah (diris nipis)
5 ulas bawang putih. (dihiris nipis)
sedikit halia (di kisar atau di potong ...ikut citarasa)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 sudu kecil jintan manis (goreng tanpa minyak dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (goreng tanpa minyak dan dikisar halus)
1 tangkai daun sup.
sedikit bawang goreng
Garam dan perisa secukup rasa.

Bahan untuk sambal kicap.
10 biji cili api
2 ulas bawang putih.
1 biji bawang besar
3 sudu besar kicap manis.
setengah cawan air
(kesemua bahan-bahan ini di kisar halus dan di masak di atas api sehingga agak pekat.)

Cara-cara menyediakan sup:-
Tumiskan bawang merah,bawang putih halia berserta kulit kayu manis,bunga lawang buah pelaga, jintan manis dan jintan putih hingga naik bau. Masukkan ayam beserta garam,perisa dan sedikit air . Didihkan selama selama 15 minit. Kemudian masukkan air (kuantiti air kalau boleh biarlah hingga melepasi daging ayam) dan biarkan sup mendidih lebih kurang dalam 15 minit lagi.
Ambil sedikit bihun yang telah dicelur tadi ke dalam mangkuk dan masukkkan sup yang telah masak. Taburkan sedikit daun sup,bawang goreng dan sedikit cili kicap..sedia untuk di makannn....

Isnin, 24 Mei 2010

balik kampung


Dah menjadi rutin bila tiba musim buah mesti anak-anak ajak balik kampung. Salah satu hobby abah ialah pelihara ikan kat kolam buatan abah sendiri di belakang rumah..

Khamis, 13 Mei 2010

bufday pajoi



Kek special untuk pajoi...tak sempat nak buat sendiri ...beli jer.. Salah satu hobby saya ..buat kek..dah banyak yang saya cuba..setakat ni ada yang menjadi...ada gak yang melayang kat dalam tong sampah...Biasanya kalau sesuatu resepi yang dicuba tu menjadi...tersenyum sampai ke telinga. Tak berhenti-henti minta cik abang komen sedap ke tidak resepi tu..walaupun sendiri tau memang sedapp...Dan kalau tak menjadi...cepat-cepat buang dalam tong sampah takut cik abang nampak....




Menu yang agak simple. Ini jer yang terdaya dibuat...yang penting dia punya rasa ada umphhh...
Anak cakap ...mak masak best sangat...terharunyer..Berbaloi-baloi rasanya bila teringat masa bertungkus-lumus sorang diri kat dapor masa masak menu ni.





Menu istimewa untuk Pajoi....Oppss...bihun goreng masih kat kuali lagi masa nihh.
Yang pakai jubah hitam tu..satu-satu nyer mak Cik Pajoi yang datang bersama suami dan dua orang anak lelakinya. Mulanya adik tak dapat datang...maklumlahkan majlis nya sebelah malam..esok anak2 nak gi sekolah...takut mengantuk lak budak2 tu nanti. Diaorg ni memang selalu tidor awal.Tapi alhamdulillah akhirnya diaorang datang gak.




Happy bufday Pajoi...12/4/2010 genap 14 tahun usia anak lelaki ke dua saya. Balik saja dari office..terus masak menu yang menjadi kesukaan dia.Nasi beriani dan bihun goreng jer yang sempat saya sediakan.....Apa pun dia nampak happy sangat pada hari tu. Majlis yang amat ringkas...cuma sumpat mengundang dua orang sepupunya saja.Masa ni anak yang bongsu cakap..."nanti birthday paji jangan lupa yer"...insyaallah sayang....