Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Selasa, 18 Januari 2011

jOM..mASAk

KEK SARANG LEBAH

Taraaaaa dah jadii.....hari ni macam terlebih rajin jer.Jengok blog My resepi ternampak kek ni.Sebenarnya dah banyak kali buat. Kali ni puas hati sesangat...nampak menjadi sarang tu.Esok nak bawa office..bagi kawan2 rasa..


tu diaa...buat untuk dua adunan.Kawan2 kat pejabat tu ramai kena ler buat lebih..

Bahan-bahanya ( resepi untuk 1 adunan)
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi sehinnga gula cair.
3. Masukkan mentega dan biarkan air gula sejuk.
4. Pukul telor hingga kembang dan masukkan susu pekat kedalam telor, kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepong yang telah di ayak bersama soda bikarbonat , kacau hingga sebati
(boleh juga di blender jer )
6. Akhir sekali masukkan air gula.
7. Perap adunan selama 1-2 jam.
8. Bakar dengan api sederhana 150-170 selama 1 jam





ACAR BUAH


hmmm...yang ni memang sedap..Kalau makan dengan nasi Briyani...mak aiii..terangkattt.Dah 3 kali cuba dari beberapa empunya resepi.. tapi resepi dari kak haniliza gak yang berkenan dan
melekat kat hati..hehe TQ kak liza.

Bahan-bahannya:(resepi dari blog Kak Liza)

500 gm buah campur
( saya beli buah yang telah siap sedia di campur)

Bahan dikisar halus
500gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan(digoreng tanpa minyak)

500 gm minyak
500gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan ( saya tak letak sebab tak der stok)

Cara:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi, garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan
pekat.
4. Bila nak dihidang boleh lah ditabur bijan.





KAILAN GORENG BELACAN


Mulanya nak masak Kailan goreng ikan masin.Cari punya cari...ikan masin tak de dlm stok...apalagi gantikan jer dgn belacan....sodappp..



KARI AYAM

Sesekali pekena kari ayam dengan nasi panas2...terangkatttt.














2 ulasan:

  1. K.sarah sila tinggalkn skit kek itu utk sy yer.. nnti sy dtg amik okeh !!

    BalasPadam
  2. mrmm..sedappp, hingga menjilat jari gitu... i give u 5*****...

    BalasPadam