Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Khamis, 20 Januari 2011

NASI


Nasi Kerabu

Seronok sesangattttt.. dapat buat sendiri nasi kerabu ni.Makan dengan ayam goreng rempah..ada telor masin lagii..First time buat...nampak mcm mudah...tapii..mak aii berselerak dapur dibuatnya..Daun apa ek yang bila di campur kat nasi ni jadi warna kelabu..jenoh cari daun tu kat pasar ..tak der pun.tu pasallah nasi ni warna kuning jer..sebab tak der daun tu...apa pun resepi yang diambil dari Yani my resepi ni memang sedappppp...tima kasih bebanyak lah pada empunya resepi..

Bahan-bahannya:

Nasi
4 cawan beras.
1 sudu kecil garam
Air-masak seperti biasa.
Beberapa titik pewarna kuning / serbuk kunyit.
1 batang serai diketuk (jika suka)

Sambal Tumis
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 tin santan pekat
2 batang serai
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu
Garam dan gula melaka secukup rasa

Sambal Ikan
1 ekor ikan kembong
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
4-5 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm halia

Kerabu
Kubis
Timun
Taugeh
Daun Kesum & Bunga kantan
Boleh tambah bahan-bahan lain seperti solok lada,telur asin,bawang jeruk, ayam goreng dan sambal belacan.

Cara-cara menyediakannya:

Sambal Tumis
1.Blend cili kering,bawang,kunyit dan halia sehingga lumat.
2.Panaskan minyak, tumis kesemua bahan yang diblend tadi hingga pecah minyak.

Nasi
Beras dicuci dan masukkan kesemua bahan untuk masak nasi.Kemudian masak seperti nasi biasa.

Sambal kelapa ikan
1. Bersihkan ikan dan bakar.
2. Goreng kelapa tanpa minyak hingga keperangan.Sekiranya kelapa kasar boleh lah ditumbuk sedikit.
3. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga halus.
4. Tumbuk bawang dan serai sehingga lumat.
5. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak hingga agak garing.
6. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

Kerabu
Hiris semua sayur dan gaul.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan